baju 'HARAM'

safra' by FATT


khadra' by najid





HAMRA' by aiman



ZARQA' missing


izzat suruh buat.

*sila banding dan nilai
by mnmnur


by K.U
Cadangan nama. maaf ya sir izzat. nak cepat.

mnmnur: oi mad ni aku ltk sekadar test jerk...komen sket, size tu bia kecik sket br kemas..patuh warna kasi la katching sket...mari banding2kan header plg lawa!! sape da buat letak kat post nih!! edit post jerk!

kriteria header:
  • size kecik sket (cam header formasi508)-800 kali 405-
  • colour bg matching sket..
  • lawa!!

insyaallah selepas pemilihan..(pas banyak header yg lawa2 dipamerkan) barulah blog ni akan bertukar nama dan alamat sekali gauze!!!

ape name pengepala kita??

attention please!!
pardon me sir!!

sejak terbentuknya formasi508, ramai anggota2nya yg tidak pueh hati ngan name yg diberikan pd blog nih. pleh itu si pereka name yg agak sedang bearsedeh nih berbesar hati ntuk menukar name nye. dan hasil dr pertanyaan dan penyelidikan serta setelah menganalisa, name yg mendapat sokongan ramai adalah, 33manusia.blogspot dan hatibersatu.blogspot. so, K.U berkate die suke name= 33hatibersatu.blogspot dan ade yg mengatakan 33manusiaberpadu lg bes..cane nih??

maka dengan ini, mereka yg merasa yg mana satu name tu bes, korg hendaklah membuat header ntuk blog nih...dan ditayangkan dlm satu post yg berterusan(satu post memuatkan hanya header ntuk ditayangkan) dan kita akan menilai mane lawa dan akan terpilih tuk menjadi header blog kita nih..

oleh itu hendaklah korg berusaha membuat header dan dgn pembikinan header br yg lawa, brlah blog ni bertuka name dan header...kalo x, 'seseorg' akan bergembira...huauahauhahhaaha
akhir kata, marilah memeriahkan blog kita!!!

nilai kegagalan...

Tanpanya,
tiada apa yang dapat kita pelajari.
Tanpanya,
tiada insan bergelar berjaya.
Tanpanya,
kita adalah insan yang malang.
Tanpanya,
kecerdikan tidak ku perolehi...


beranilah untuk gagal walau sekali..mungkin pada masa itu kau bersedih atas kegagalan..tapi kelak kau akan tersenyum mengenang kegagalan yang kau kecapi...


Mengapa Kita Menulis?

Ketahuilah saudara orang-orang tua tingkatan5,jeram 2008 yang dikasihi sekalian,
bahawa segala yang kita tuliskan dalam perlembagaan kita,di dalam blog kita, dan di mana-mana sahaja adalah sebagai arahan 'doktor' kepada pesakitnya untuk dilaksanakan secara serius.

Oleh itu, tidaklah kita bermaksud dengan segala tulisan kita, sebagai penglipur lara bagi diri kita,saudara-saudara kita, adik-adik kita bahkan semua jin dan manusia.
Tidak! ini bukan tujuan kita.

Tapi apa yang kita semua kehendaki ialah supaya saudara semua membaca dan memahaminya dengan betul-betul mendalam,kemudian mengambil segala sarana yang dianjurkan untuk mengubati segala penyakit dan masalah rumit tambah kronik zaman ini dengan penuh semangat, keazaman, dan penuh harapan.

Semoga Allah memberi taufiq kepada saudara ikhwanul-'abbasimas'ud 2008 dan kepada semua saudara kita untuk terus berkhidmat kepada Islam supaya sama-sama dapat mencapai matlamat yang tak terkalahkan,tak terbayangkan, dan tak terciptakan oleh sesiapapun melainkan Allah S.W.T iaitu Jannatul Firdaus.

"Tidak dapat disempurnakan yang wajib itu melainkan dengannya,
maka hukumnya Wajib"-kaedah syarie-

Wallahu A'lam


sebuah dongakan

saban hari langkahan menerjah,
kuit-kuit mata memandang,
tidak ke utara,
tidak ke selatan,
tidak juga ke timur,
mahupun barat,


tapi pandangan berupa dongakan,
dongakan ke potret alam,
potret yang serba ringkas,
tapi menempiaskan jutaan ekspresi,
kadang keruh,kadang jernih,
kadang hanya persoalan menerpa,


rasa diri ini hamba kerdil,
sehebat mana kemampuan diri,
setinggi bukit dicapai budi,
tapi.....
dongakan masih wujud diruang mata,
dongakan yang dilihat bagai tiada penghujung,
kemampuan dongakan yang tiada taranya,
diri mula sujud hina,
diselaputi keinsafan seorang hamba,


bodohnya jika rasa diri tinggi,
walhal ketinggian hakiki,
nun diatas tanpa batas,
kemampuan mentafsir,
beralatkan sebuah dongakan....



penerangan yg menjelaskan...

salamullahi 'alaikum..

CANE NK JADIK AUTHOR NIH?!
di sini ade sedikit penerangan.
jika anda(f5 o8) tidak dapat mendaftarkan diri anda untuk menjadi author melalui email yahoo anda (tlh di send kan invitation), maka dengan ini anda hendaklah membuat satu akaun di google.
anda hanya perlu tekan ini. dan sign up untuk gmail. kemudian daftarkan diri anda sekali lagi melalui email yg telah disendkan invitation td dgn menggunakan id gmail anda..terima kasih.

APEKAH KEGUNAAN DAN MATLAMAT BLOG INI?!
eheem.. yg sebenarnya...dragon ball ade tujuh bijik sumenye...tetapi matlamat kita membuat blog nih ade banyak, berdasarkan niat masing2. tapi yg penting blog ini adalah lambang kesatuan kita dan insyaAllah blog ini akan menjadi satu medan untuk kita .....ape2laaaa..haih..
kegunaan blog ini pula adalah bermacam2. setelah anda menjadi author, anda buleh mengepost/menulis segala macam bentuk penulisan di dalam blog ini..sama ada cerita, tazkirah, puisi, pengunguman2 penting/x penting, dll. terlalu banyak kegunaannya sehingga tidak tertaip dek jari jemari kaki ...ososozozoz

CANE NK POST?!
lorh..x tau ke? snang aje dong. daftar masuk kat blogger menggunakan email yg anda daftarkan sebentar td, dan tulisla kat bhgn posting tuh..dan jadilaaaaa koko crunch!!! teb3..

POSTING...POSTER..POLINTERINE..
setelah anda penat penat menaip..anda hendaklah mengkatogorikan penulisan anda. kategori2nya/label2nya adalah seperti berikot:
  • renungan=tazkirah, ceramah, artikel syahdu, dll yg membuatkan kita merenung..
  • peristiwa=kongsi pengalaman pahit/manis, pengalaman, dll yg berkaitan
  • karya sang sasterawan=segala jenis karya
  • pada suatu hari..=segala jenis cerita yg hanyalah cerita semata2
  • attention!!=segala jenis pengunguman
  • random=untuk yg tdk ade di atas
sume nih ntuk memudahkan kita suatu mase nnti..kalo nk ikot ..ikotla..kalo x nk terpulanglah..
tima kasih.

yg benar,
mnmnur






Itulah sebabnyer...

Biar aku pun merentas benua atau pun merentas desa..namun tetap kau sebagai sahabatku.

Tegurlah daku ketika ku menyimpang,
bawalah daku ke perhentian yang sebenar.
Tatkala ku berduka,
datangilah daku walau duraku berada.
Walau badai melanda,
walau indah bulan purnama,
kemari kau, menjadi temanku.
Jika benar kau sahabatku.
Jika benar kerna Ilahi kita bertemu.

Seadanya puisi ini taupun sajak ini tak seberapa.
Harapan daku moga pembaca2 terima massage yang ingin disampaikan.

kata2 pembuka mata

alhamdulillahi rabbil 'aalamiin..
wa bihi nasta'iin..
wa laa 'udwaana 'aladzzolimiin..

syukur kehadrat illahi..
stlah bermesyuarat pada awal bulan satu
kami, tingkatan 5 sek men islam hira' '08 tlah memutuskan,
agar blog khas ntuk kami dibina, yg mana ia termasuk dalam perlembagaan kami(??)
dan dr perbincangan dan tindakan kami..maka
terbentuklah blog ini!!

blog yg dibina dan diasaskan oleh ukhuwwah
dan diperkukuh oleh persepakatan kami ini
akan memberi makna yg besar buat kami.
akan kami menggunakan blog ini dengan sebaik2nya
dan dengan cara yg terbaik!

dengan ini, maka wajiblah diatas semua f508 smih,
untuk menjadi AUTHOR blog ini!!!!

wassalam,

yg benar,
mnmnur

Sejukkan Minda~