sekadar tangisan........sedihnya.......


14 MEI, SABTU
Aku pergi ke pasaraya yang terkemuka pada malam itu.Aku kesana bersama keluargaku untuk membeli baju tidur buatku dan barang- barang keperluan lain. Selepas hampir setengah jam merayau- rayau disekitar bahagian pakaian kanak- kanak, akhirnya aku bertemu dengan baju tidur pilihanku. Selepas sampai dirumah aku terus menyarungkan baju tidur tersebut dan masuk tidur.
!5 MEI, AHAD
Pada keesokan harinya, pagi- pagi lagi aku telah dikejutkan dengan makcikku dengan agak kasar. Aku bertanya kepadanya kenapa mengejutkanku terlalu awal sedangkan kebiasaannya aku bangun ketika matahari telah terbit. Makcikku hanya mendiamkan diri dan menangis. Olehkerana masih mamai,aku duduk sebentar diatas kerusi rotan. Tiba- tiba ayahku datang dengan tergesa- gesa dan menyuruh aku masuk kedalam biliknya.
15 MEI, AHAD
Dengan perasaan ingin tahu,lantas aku masuk kedalam bilik Ketika itu adikku merengek kelaparan, aku hairan mengapakah ibuku tidak menghiraukannya, ibu kelihatan seperti masih tidur. Terlintas dalam hatiku untuk aku mengejutkanya tetapi belum sempat aku melangkah, ayahku memegang bahuku sambil berkata ibuku telah pergi buat selama- lamanya. Aku cuba mendapatkan kepastian dengan menggoncang- goncangkan tuduhnya yang kelihatan kaku dan pucat. Setelah tidak mendapat apa- apa tindakbalas dari ibuku , aku cuba menafikan air mataku daripada mengalir dan lagakku separti tiada apa- apa yang terjadi.
15 MEI, AHAD
Pada waktu tengahari, kedengaran bunyi siren ambulans memecah keriuhan bacaan yasin oleh orang ramai yang berada di bahagian ruang tamu. Aku yang ketika itu tidak tidak mengenal erti kesedihan masih sempat lagi untuk bersiar- siar keliling kampong menggunakan basikal kakakku yangmana ketika itu dia sedang bersedih didalam rumah. Sedang aku cuba untuk menenangkan perasaan dengan menghirup udara segar, tiba- tiba datang seorang perempuan yang kenal denganku menepikku supaya pulang kerumah. Kata- katanya itu menyebabkan perasaanku bercampur baur kerana dia sebelum ini sangat baik bagiku, telah melakukan perkara yang menyebabkan aku benci kepadanya.
15 MEI, AHAD
Semasa makan tengahari, nenekku memberitahu kepadaku bahawa ibuku akan dikebumikan petang ini juga. Aku tidak dapat menerima hakikat bahawa orang yang semalamnya bersamaku akan meninggalkanku buat selama- lamanya. Perasaanku ketika itu yang agak tenang kembali menjadi sedih dan aku tidak dapat lagi menahan air mataku yang begitu mendesak ingin keluar daripada kelopak mataku. Aku cuba untuk tidak membiarkan air mataku yang berlinangan dapat dilihat oleh orang disekelilingku. Petang itu, kereta jenazah telah tiba untuk menghantar mayat yang telah dimandikan di hospital ke rumah untuk tatapan yang terakhir buat keluarga. Mayat ibuku telah diletakkan dibahagian ruang tamu rumah.Setelah itu, kaum keluargaku mula mencium dahi ibuku sebagai tanda penghormatan yang terakhir. Apabila tiba giliranku, aku cuba untuk melarikan diri dari situ kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa aku tidak akan berjumpa lagi dengan ibuku. Belum sempat aku beredar, ibu saudaraku dengan pantasnya segera menahan aku dan memaksa aku untuk mencium dahi ibuku. Aku yang lemah ketika itu terpaksa akur dengan kehendaknya.
27 DISEMBER 2006, SABTU
Ayahku kini sudah berkahwin dengan seorang perempuan yang bernama Suriyati binti Abu Mansor. Aku pada masa mulanya tidak dapat menerima beliau kerana masih teringatkan pada ibuku yang telah meningal dunia,tetapi apakah dayaku untuk melawan, kerana segala keputusan terletak di tangan ayahku. Oleh itu, hingga sekarang aku aku mempunyai ibu tiri dan adikku telah bertamah sebanyak dua orang. Dulu aku senang untuk berjumpa dengan keluarga ibu kandungku tetapi kini hendak bercakap pun susah. Aku berharap agar nenekku iaitu mak kepada ibu kandungku dipanjangkan umur agar sempat melihat aku berjaya suatu hari nanti..............Hargailah mereka sementara masih hidup.

0 orang komen:

Sejukkan Minda~