high school?

attention to all students.
-this is a serious case.
read
then think.


-cerita ini tidak berkaitan dengan mana-mana sekolah-


jauh di ceruk pedalaman kota.terbina sebuah madrasah besar.cukup besar dan hebat dipandang mata.






Hebatnya bukan apa.Cuma,adanya seorang yang tua.Berwawasan dan berwibawa.Cita-citanya cukup menyilau,lantaran melebihi batasan norma pemikiran seorang rakyat negara kita.








Panggilannya,cukup mudah, MUDIR.atau guru besar.






Normalnya bagi seorang yang duduk di kerusi utama sekolah,sering mengharap besar pada kejayaan sekolah yang dimudikinya.Memang,beliau juga begitu.Impian tingginya,sungguh besar dan terlalu altenatif.






"Aku ingin menjadikan sekolah ini yang terbaik di kalangan terbaik di dunia.Tahap kurikulumnya melebihi tahap tinggi universiti dunia,demi melahirkan sebilangan pelajar yang mampu meneroka dan mencipta dunia yang lebih dinamik dan maju.Demi itu,sekolah ini bukan sekolah sebarangan,sistem kurikulumnya adalah sistem PHD,Masters, dan Bachelors."




Lalu,dia menjemput para pelajar kesayanganya,mari ke hadapannya,membentuk satu perhimpunan besar.Ramainya tak terkata.Cumanya, mereka bukanlah remaja ,dewasa atau tua,namun,mereka adalah


BUDAK-BUDAK,sahaja.


Paling tua,9 tahun,kemudian 8 , dan 7 tahun.Semuanya tahap rendah,serendah-rendah tahap sekolah.Pemikiran pelajar sekolah itu cuma sekecil butir di sebuah padang pasir.Dilihatkan pula pada sistem pembelajaran dan pendidikan,serta peraturan yang dikemas kinikan untuk mereka,sangat-sangatlah jauh untuk direalisasikan oleh mereka.


Berucaplah mudir tersebut,menyatakan segala sistem, ideologi,dan peraturannya kepada murid-muridnya tadi.


Kesannya,kita boleh tersenyum bersama.Kerana kita dapat mengagak natijah yang sama.


Benar?


Maka berlalulah masa,dan masa.


Akhirnya,keputusan peperiksaan(Peringkat PHD di semua subjek),keluar.


Ternyata,semua gagal,segagal-gagalnya.Tiada siapa yang lulus.Merah dan merah,hingga habisnya dakwat merah.Maka,para ibubapa yang sentiasa perihatin terhadap anak-anak mereka,mengadakan pemberontakan, manifesto, bantahan, serta desakan , atas kejatuhan akademik anak-anak mereka.Mereka inginkan perubahan.MUDIR perlu diubah kedudukannya.


Akhirnya,mudir itu keluar dari medan perancang pendidikan sekolah tersebut.Tinggalah beliau dengan impiannya, yang hanya tinggal laungan semata.


Puncanya?


Bukan salah siapa,cuma salah masa dan tahapnya.Sistem yang ingin dibawa oleh mudir itu cukup hebat.Namun, mekanisme pelaksanaya(murid-murid), tidak mampu untuk memikulnya.Mereka tidak faham langsung, apakah itu "dy/dx", apakah itu "enzyme", apakah itu "velocity", apakah itu "3x=y",dan banyak lagi, perkara-perkara yang bukan jadi satu kefahaman bagi mereka,kerana itu bukan tahap bagi mereka.


Murid-murid itu perlu melalui alam pembelajaran yang tersusun dan bertahap.Supaya mereka menjadi FAHAM sepenuhnya pada subjek yang dipelajari.








So,like the story above, relate it with our new, ELECTION 2008.




manusia faham,baru berubah.

0 orang komen:

Sejukkan Minda~